CIRI CIRI WANITA IDAMAN
LELAKI
Wahai wanita, sesungguhnya
kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi
taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum
bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua
bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Berikut ciri wanita idaman lelaki diantaranya :
1. Berpegang
Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama
mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan
terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak
dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan
syariah Islam. Memang beruntung jika seorang lelaki dapat beristeri dengan wanita
seperti ini.
2.
Kecantikan Dalaman
Wanita yang sesungguhnya
adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup.
Inilah kecantikan dari dalam yang dicari oleh bamyak lelaki. Kalau cantik, tu
dikira sebagai BONUS.Wanita yang mempunyai kecantikan gati tidak akan sesekali menjual maruah dirinya
hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu
atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang
keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan
sebagai pelindung. Namun begitu,
sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan
menampakkan wanita itu seperti kurang matang.
4. Pandai
Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita
yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak
dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan
penampilan diri.Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai
menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
5. Berakhlak
Mulia
Wanita yang berakhlak mulia
dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi
seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan
merupakan tunjang kejayaan suami.
6. Tidak
Memamerkan Keseksian
Lelaki suka menjamu mata
dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana
keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua
lelaki.
7. Tidak
Cerewet
Lelaki suka pada wanita
yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan
dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang
cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu
hanyalah perkara kecil.
8. Memahami
Lelaki
Wanita yang memahami hati
lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita
yang mampu memahami situasinya dalam
keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat
membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi
kekuatan.
9. Sejuk
Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya
dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri
Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
– Bersopan satun
– Sentiasa memaniskan wajah
– Senantiasa memberikan
senyuman ikhlas
– Menutup aurat
– Ramah dan mesra
– Tidak terlalu cemburu
– Menghormati orang lain
Inilah 9 ciri-ciri wanita
yang menjadi idaman lelaki.
Jadikan tips yang terakhir
ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau
memuhasabah diri kita kembali. Coba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri
kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri,
teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan
itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. sepertimana Dr Fadhillah Kamsah
mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu
sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam
keindahan bermimpi.
Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta
kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama.
Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya
milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha
Pencipta.
Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan
manusia itu sendiri
Tidak ada komentar:
Posting Komentar